Wednesday, May 6, 2009

ke+ kasih= kekasih/ kasih + an =kasihan emm????

"kasih" memberikan kita sejuta senyuman,tapi sedarkah kita dari kasih boleh menjadi kekasih dan dari kasihan boleh terbitnya kasih. sebagai seorang insan kita pastinya mengimpikan seorang kekasih yang benar2 mengasihi kita atas dasar kasih sayang tapi bukan kasihan. Tapi benarkah kekasih kita sekarang ini mengasihi kita atas dasar kasih atau kasihan mcm tajuk lagu"antara kasih dan Kasihan" tapi biarlah atas dasar apa pun ingatlah semua, kita pohonlah kasih ALLAH biarpun kasihnya pada kita adalah atas dasar kasihan kerana kasih dan kasihan ALLAH kepada kita menjadi makna yang teramat besar.Kasih dari insan adalah setakat jasad itu bernyawa.gadis secantik mana pun,se seksi manapun,se ayu mana pun,sesweet mana pun sebagus mana pun si jejaka hanya akan memeluk dan menciumnya di saat nyawa dikandung badan.kalau nyawa sudah di panggil ilahi terkujurlah jasad dipembaringan.di saat itu sedarlah insan secantik mana pun kau,seayu mana pun kau,sebagus mana pun kau,setelah tubuhmu di saluti dengan 5 ke 7 helai kain putih,si kekasih yang kau kata mengasihi kau tu belum tentu nak cium atau peluk kau lagi.yang paling penting belum tentu dia berani nak tido dgn mu berduaan di dalam gelap.igatlah kawan jasad hanyalah hiasan,roh adalah berkekalan,hiasilah roh mu untuk bertemu yang maha pengasih,bukannya berhias dan bersolek sampai tak solat magrib sebab nak jumpa kekasih.Allah alrahman alrahim.(ALLAH MAHA PENGASIH MAHA PENYAYANG)

TERATAK MUSLIM

TERATAK MUSLIM
LOT 423 JALAN MAJU BATU 8 IJOK---0126902384

TERATAK MUSLIM

TERATAK MUSLIM