Tuesday, May 5, 2009

salam perjuangan buat sahabat


salam perjuangan buat sahabatandai hari ini kita rasa kita dalam kesusahan jangan kita lemah kerana kelemahan itu hanya akan menjatuhkan air muka kita.belajarlah dari bawah dan timbalah seberapa banyak ilmu dan pengalaman yang kita mampu kerana ilmu yang kita kumpul jika ia sejalan bersama amal ia tidak akan pupus sebegitu sahaja seperti sepuluh ringgit didalam dompet.ia tidak akan bertambah dengan mudah jika digunakan.sahabat,demi menjamin kejayaan kita dimasa hadapan kita perlukan sahabat tapi bukan teman,teman hanya datang bila senang tapi hilang bila susah,tapi tidak sahabat,ia tetap bersama kita diwaktu senang dn susah.ingat lah wahai sahabat,mencari seorang sahabat adalah sesusah mencari sebutir permata didalam serpihan kaca,semuanya bersinar tetapi hanya 1 yang benar2 bernilai.
sahabat,jadikan pengalaman lalu kita sebagai panduan kita dimasa hadapan,sahabat,jadilah obor yang sentiasa menerangi sahabat kita didalam dia mencari kejayaan,jadilah ubat yang menjadi penawar kepada sahabat yang pernah jatuh dan terluka,jadilah tongkat yang menjadi tonggak kepada sahabat yang lain.
ingatlah wahai sahabathanya sahabat yang akan sentiasa menemani sahabat,andai kita sanggup berkorban demi insan lain, percayalah bahawa pasti akan ada insan lain yang akan sanggup berkorban untuk kita,allah maha adil,
letakkan kepercayaan kita di atas insan yang kita percaya,nescaya pasti akan ada insan yang akan meletakkan kepercayaan dia di atas kita.
sahabat,jangan kita takut untuk jatuh kerana jatuh itu adalah mutlak.tapilah takutlah kita pada putus asa kerana putus asa akan membuatkan kita lumpuh dan tidak mampu bangun semula.
sejambak kasih, segugus sayang, seikhlas ukhwah,salam persahabatan…..

TERATAK MUSLIM

TERATAK MUSLIM
LOT 423 JALAN MAJU BATU 8 IJOK---0126902384

TERATAK MUSLIM

TERATAK MUSLIM